mimpi aneh.

Posted: May 14, 2012 in Uncategorized

gua serius lupa bila masa gua mimpi ni. mimpi ni ada perempuan yg samar2 wajahnya dgn watak2 lelaki2 bukan ajnabi yang mana gua kabur-kabur nampak.

nak dimulakan cerita, firstly gua nak cakap kat sini, gua ni memang kaki mimpi2 aneh .mungkin ada yang lagi aneh dari gua, tapi pasal gua punya aneh, gua ingat padia gua mimpi tu, sebab bila bangun ja dari tido, gua terus imagine trailer mimpi gua tu. so, gua pun ingatlah pebenda gua mimpi tu.

mimpi gua ada 2 part. dua dua mimpi ni perempuan lain-lain. yg sorang ni cun kaw-kaw, free hair rambut hitam-perang mcmtu, tapi sumpah gua tak kenal( gua mimpi pompuan ni masa hari gua baru balik dari survey sempadan hutan- boundry felcra sri bandi)

 part mimpi ni kejap je ah,

cerita dia macam ni.

gua jalan-jalan dekat satu perkampungan yang sangat style depa punya landscape. ada sungai, rumah papan tapi berkilat mcm baru cat dngn celet,  ada budak naik basikal, dngn jalan kaki, baur balik mengaji kot. aku malas pulak nak tanya dorang balik dari mana. tapi aku suka tgk budak2 tu punya muka. comel2 belaka.  aku mulalah fikir pasal bakal bini aku dngn anak aku akan dtng jadi comel dngn ramai macam tu. mesti best doh. pastu tahu speaking arabic dngn lughatul ingeliziyah sambil pandai tulis ying-pin. pastu reti main instrument, sambil belajar seni jujitsu, boleh buat lipat belakang, sambil nyanyi lagu eminem: i am what ever i  say i am. dan pandai masak, kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, cek minyak itam dan pandai tu pandai ni. bersepah lagilah benda aku nak dorang terer.

sambil gua jalan2 berangan sambil usha segerombolan budak2 tu, aku pun nampak ada benteng best dekat tepi sungai. port baik punya. rumput dia rumput standard bukan permaidani ataupun meadow grass. tapi sungai dia cantik doh. ada batu2 kelikir( aku rasa lah kelikir, aku tak tahu pun jenis2 batu tu macam mana atau padia depa punya nama), ada pasir2, ada ikan kecik2 macam bilis yg banyk najis tu, dan ikan2 yg aku tahu pe nama dia. yg penting ikan la.

jadi , aku tengah terasa macam makhluk asing kat situ, but at the same time rasa chillex, aku pun baring kat situ. pastu aku cabut isi bunga rumput, pastu gigit dan isap-isap lah daun tu. rasa dia macam rasa air liur aku je. boleh tahan ah. sedap jugak kot ( sebab aku gosok gigi pakai colgate yg ada rasa stroberi mint tu.melekat lagi ah kat sekitar radius gusi dan gigi aku).

TIBA2…

 

aku terbaring meniarap( memang mcm magik jugak ah, kalau hangpa pernah tgk cerita inception, keadaan aku mcm tu jugak lah. tiba2 masuk ke alam mimpi lain. tapi yg ni alam sama lah, tapi keadaan aku yg tadi baring terlentang, tiba-tiba baring meniarap. dan Alhamdulillah, bunga rumput yg aku pusing2 menggunakan teknik lidah utk tiup belon chewing gum yg tak pernah jadik belon tu, masih selamat dalam gigitan aku.

TIBA2, bunga daun tu tukar jadi daun yg lebar dan besar gk ah, mcm daun keladi, tapi dia panjang sikit. aku pun tak tahu daun apa. dan yg kat sini lah gadis cun tu tiba2 muncul. dekat hujung daun tu. nak diceritakan, character awek tu memang cam gadis rupawan idaman laki2 miang dan pervert ah.( aku tak terkecoli ada sikit2 character tu, sbb aku normal lagi, insyaAllah) gadis tu pakai baju kebaya kot tak silap aku. warna aku dah samar2 tak ingat. tapi wajah dia, pergh! putih tapi ada merah2 blush sikit. mata biru2 ada cokelat sikit. rambut dia wavy kot ( kalau aku tak silap). so bermulalah dialog kitorang.

aku: hang sapa?
awek: cheq awek hang la. awat hang tak ingat?
aku: oh.( aku layankan  je la. kata mimpi. jadi betul lah kot tu awek aku)
awek: hang wat mendapa ka sni?
aku: oh,  cheq tgh lepak2 sat. busan ah. tak tahu mendapa nak wat la ni. sangap gila( sambil menguap )
awek:#$*^&#&%( dia pun berleter ape benda ntah, aku tak ingat sangat.) tapi yg aku pasti, aku mengadu kat dia ah pasal aku ni busan, member2 aku ramai yg ak paham apa dia bila aku merepek dalam nada paling serius dan kurang menjengkelkan, sebab busan sangat rasanya.

 

tiba2,
AKU TAK INGAT APA2, atu camana ,  aku pun tersedaq, bangun pastu pi amek er wuduk. solat subuh. tapi solat aku tak khusyuk langsung, aku punya pikir sapa lah awek tu. ( skrng wajah dia aku dah samar2 sket, lupa dah kot)

MIMPI 2

yang ni pulak, mimpi pasal aku pi jupa mak bapak seorang perempuan yg seakan-akan aku kenal dlm alam nyata. aku pi makan sekali dngn depa sambil merisik dngn cara paling cool skali. tapi aku borak lebat dngn abah dia je lah. ngn mak dia intro2 mengorat ayat pakai lagu 70-an punya ja. aku ni kurang hebat tang2 mengayat ni. tapi bila tang ibu-ibu, aku macam tiba2 ( dlm mimpi aku) terer pulak mek hati dia. lantak pi ah. jom sama2 follow gua punya cerita nih.

incident dia adalah kat atas jalan. hujung jalan kampung, atas bukit. langit biru gelap, dicerahi dngn kelipan bersepah buruj2 bitnang yg mana aku tak hafal sangat la nama buruj tu. bulan aku tak perasan ada ke tak. tapi pemandangan nampak laut tu memang smart ah.aku rasa area2 selngor dekat2  rawang kot. sbb aku macam pernah mai situ sebelum ni. aku rasa lah.

aku pergi situ sebab nak jumpa bakal abang ipaq aku. saja nak pi lepak2. aku rasa la abang ipar. fada dua orang kat situ. sorang lepak kat keta, sorang lagi dngn wanita yg bertudung molek, merangkap bakal bini aku  itu. firasat aku menyatakn begitu..( kih3 ,malu2 sat.) nak dijadikan cerita,
pastu kitorang pun borak2. pasai keta lah, pasai moto lah, pasal laut, pasal politik kat mesia ni, dan mcm2 lagi. ( aku ingat2 lupa gak , lama gak ah kitorang borak)

tiba2. berlaku dialoq aku ngn bakal bini aku.

aku: adoi moto rosaq ah. camana nak pi ke site esok nih.

bakal bini. takpa ah, biaq cheq anta.
 aku: anta camana?

bkal bini. balik umah sat , amek keta.

pastu kita pun pi la balek umah( aku pun layan je lah mimpi aku tu, rumah sapa aku tak tahu. tapi rumah tu rumah kembaq/ters area taman la. kat luar rumah tu ada byk motoq.dan ada satu keta. macam keta hilux tak pun d max.

jadi aku pun lek je lah masok. kata rumah aku.

tiba2.

aku masuk2 ada macam makan2. even dalam mimpi ni pun aku terpikir. “sth smells fishy here”
mmmmeeeemey ah fishy, mak mentua aku masak ikan bakaq. bau dia sedap doh. pastu aku borak2 ah dngn sapa2 yg ada kat dlm rumah tu. termasuk mak mentua aku( bakal).

pastu tiba2 si ayah bakal bini aku pun masuk. aku pun pi salam pakcik tu. pakcik tu muka sawo2 matang skit, ada jambang, pakai songkok. tinggi lebih kurang aku.( tinggi fizikal pakcik tu, bukan tinggi songkok). badan pakcik tu mantian .mcm ada ketak2 lagi kot. aku pun ckp ” assalamualikum pakcik, pakcik sihat? dia balas balik sihat.

pastu kitorang pun duk bersila. nk makan doh ah ni.

 

yg aku pelik nya, tiba2 tak pasai kat situ ada adik aku, ada ayah aku, ada mak aku. tapi depa suma dok ja situ, tak ckp menda-menda. pastu dialog kami pun bermula. ni yg aku ingat skit2 la pasal dialoq kami berdua.

bakal pak mentua: pakcik tertarik dngn benda yg kamu tahu. byk gak. aritu pakcik ada la baca msge kamu kat henset si ****** tuh.
aku: oh well, memmey ar( okay yg ni tipu)
aku: oh, saya byk baca benda2 ni. sbb saya minat lama dah pakcik .all the things about economy, politics and some heavy things that happening in this corrupted world.. ( saja speaking, nk poyo kat pak mentua,kih3)

pak mentua: oh, jadi ni la yg kamu borak dngn si ****** ni sampai begayut lebih pukul 12.30 mlm tu eh?

aku : (terkekeh-kekeh) haha. ye la kot. simple je ak bagi kat bakal pak mentua aku.

abah aku yg ada makan dan menguyah kat sebelah aku yg tiba2 je ada situ( aku pun tak ingat bila watak dia muncul makan sebelah aku sambil muka berkerut-kerut, tercekik tulang kot, tapi kaver elegan kot depan bakal bini aku tuh)

pastu borak2, tiba2 aku sedar, tgk tingkap kat celah langsir langit mcm biru2 nk cerah skt. cek jam, dah pukul 6.50 pg. pa lagi, aku pun pi wat menda2 yg patut.

nak dikatakan kat sini: aku cuba lah kaitkan peristiwa mimpi ni dngn pa yg aku rasa skrng. aku takda lah desperate sngt nk kawen ka apa. tapi pasai apa aku mimpi lagu tu pa suma, cheq memey tak tahu ah kan. papa pun , jodoh di tngn tuhan.  dan nak jadik laki orang  dngn bapak orang bukan senang doh. cuak nanang boh!

pepepun, mimpi2 yg mcmni, memey boleh buat gua senyum sorng2 tiba2. bukan gila. tapi gua terkenang mimpi dlm angan2 gua itu.

-the-end-

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s