tempo orang liberal di malaysia.

Posted: September 18, 2012 in Uncategorized

liberal: adalah satu fahaman atau teori yg mana nasib suatu kaum/masyarakat
ditentukan melalui kaedah perubahan undang-undag dan hukum kanun negara yg terbabit.

Malaysia negara liberal. Islam pun ada jugak yg liberal. liberal ni bermaksud tidak akan sama sekali menggunakan kaedah revolusi utk mengubah nasib.

Whereby in english, we can simply define liberal as ” an ideology of liberty and equal rights among the people of a certain nation”
jap, siapa  yang mencetuskan liberalisma ni sebenarnya ?

RAMAI. aristotle,  dari athens ( 300BC), Laozi dari  cina (abad ke-6), nicollo machiavelli dari florence,( awal abad ke-15)  dll lagi. boleh cek dlm beberapa buku ternama, tapi aku tak rasa ramai sanggup menelaah buku2 terbabit, jadi aku bagi link wikipedia ni je la utk brief notes buat anda.

lihat sini. 

kenapa Islam perlu ada sistem yg dicetuskan dari orientalis, walhal sistem terhbat adalah milik Dia, dan diceritakan melalui kalamnya utk dizahirkan bersama-sama dalam hayat kita ini. bangkitkan sistem Khilafah dan Daulah Islamiyah. tiu yg sewajarnya.. bila tak faham, maka indahnya islam dilihat sebagai suatu yg penuh masalah, penuh caca-merba. kalau tak, mengapa ada orang sanggup persenda islam? sebab munafik malaysia dan islam di luar sana , dan juga termasuk diri saya selalu buat perkara2 yg tidak memaparkan cahaya indah islam sebenar, tak mencerminkan keperibadian Nabi Muhammad langsung!…

tapi tu bukan ape yg aku nak ceritakan dekat sini. utk org2 negara  aku, especially bangsa2 aku,
ramai tak suka selidik.

ramai hanya suka suka ikut-ikut.  perasaan selalutakut-takut.
sub-konklusi: ramai 2nd class mindset.
ya, tu la keadaan masyarakat tempat aku hidup sekarang, gagal skil sosial berlandaskan fitrah islam. Apa yg boleh, apa yg tak boleh pun, ramai tak kisah pasal benda ni. main ikut je. apa pelakon dan pelawak dalam Tv buat, dalam U tube buat, main sebat je follow.

abah dan mak suruh amik course itu, dapat pointer macam itu, tgk orng tu, dapat mcm tu la, beli tu, kahwin dngn yg macam tu, dpat anak macam tu, kerjalah rajin macam tu … dan kitaran pemikiran bodoh ni berterusan.

mudarat pada ramai, dan manfaat pada sedikit. akhirat bila tanya, percaya? “PERCAYA!” diorang jawab.

dlm quotes kat twitter aku byk lihat perempuan retweet citation ni ” action speaks louder than words, show your guts through actions!, dan mcm-mcm lagi lah..

logik dan tak berlandaskan kalamullah, tapi emosional nurani busuk hasil daripada bisikan dan sentuhan2 halus syaitan dan jin2 yang membisik-bisik perasaan was-was dalam kalbu manusia…

ramai suka betul baca METRO. alhamdulillah, aku tak pernah beli METRO lagi. baca pernah la, especially bila aku beli nasi lemak bungkus. akhbar METRO seringgit je  kan?

seterusnya berkaitan dngn ekonomi. WAH! pandai betul melunaskan kata-kata tentang makroekonomi. mikro-ekonomi pun tak lepas lagi?

gara-gara retweet, dan komen, repost dan tag post dalam facebook: menular lah cerita perihal negara. dashat betul mereka berkata-kata. sekali lagi, tiada aksi hanya bicara. aksi pun lagak hero hindustan depam kamera. ambil tahu kata mereka?

Al-quran ada dalam bahasa melayu. tak boleh baca ke? sesat kata mereka. tak berguru??? baca al-quran dlm bahasa melayu, kalam Allah tu, dialih bahasa oleh para profesor dan pakar bahasa arab. sesat kata mereka??? ish3. habis baca kalam manusia yang penuh dusta dan konflik-konflik penuh dakyah dan tipuan semata tu tak sesat pulak? hebat betul berbicara perihal hukum.. pandai betul. pandai betul.

Al-quran pun belum settle, hadis bukhari? kitab al-umm? kitab imam alghazali? la tahzan? okay islamik sangat eh? baiklah,
7th habits of most effective people, the Tipping Point, Malay Dilemma, Blue Ocean Strategy?  dah baca? blum buku2 fiksyenal perihal ekonomi dan undang2 negara dan dunia lagi tu…

ramai tak sedar pelajar sains sosial adalah golongan yang selalu mengepalai dan menunggang pelajar sains teknikal. sebab apa mereka tak pantas bersuara? sebab ikut2 la..kembali pada keadaan pertama tadi.. jadilah pengikut, dan teruslah mengikut, jadi pengikut manusia ,dakyah mereka, propaganda mereka, kerja utk duit yang mereka bagi..buatlah semua tu wahai manusia?? duit tu dorang yg bagi kan? rezeki bukan ketetapan Allah kan? berkerja semata-mata kerja kan?

syirik= menyekutukan/menduakan. bila kita letak atau panggil diorang syirik, diorang melenting. bukan apa, tanda2 dan nilai2 seorang syrik dan munafik tu ada dalam buku yg korang tak suka nak baca  dan yg korang perasan faham tu. Allah punya kata-kata tu, itu korang paling tak kisah, paling korang leka tentangnya.. paling korang takut sesat la apa la..

aku percaya yg selalu cakap orang tu sesat itu, sesat ini, tak pernah pun borak2, bagi makan, tanya perkhabaran mereka2 yang kurang siuman. ramai lari daripada mereka, lari daripada penghuni syurga. takut kena bunuh?? sebenarnya yg kena bunuh tu sebab mereka yg salah. orang kurang siuman takkan pernah salah. sebab apa? mereka malfunction.  mereka dapat anugerah utk lupa dan tak tahu. tapi rugi buat mereka sebab tak dapat melangsaikan hutang janji dengan Allah s.w.t.

macam biasa, ini masih luahan logik akal dahulu. nak berdalil dan ada citation?  baca sama-sama,  baca byk2 .ambil tahu byk2,
baru boleh bukak cerita.

sebab apa Iqra dulu, bukan muzammil ke, isra’ ke, nisa’ ke, al-fatihah ke? kenapa?

kenapa perlu “bacalah demi nama TUHANMU YANG MENCIPTAKAN.  kenapa perlu baca lillahitaa’la dulu?  kemudian ” bangkitlah wahai orang yg berselimut!” dan pd ayt ke-4 disuruh baca AL-QURAN!. dan kemudian disuruh ALlah utk bangkit malam, mengisi jiwa, kerana:

al-muzammil,7-10:

“sesungguhnya pada siang hari, engkau sibuk dngn urusan-urusan yg panjang. Dan sebutlah nama TuhanMu, dan beribadahlah kepadaNya dngn sepenuh hati.( Dialah) tuhan Timur dan Barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung, Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yg mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dngn cara yg baik.”

jgn cakap anda tak tahu dan takut baca tafsir bahasa melayu ni sebab nanti sesat?? kalau takut sesat, pi lah tanya ustaz ke apa. tapi mula2 baca la dulu ye tak ye pun..

sesungguhnya pesanan utama HARUS jatuh keaatas diri sendiri kerana Allah sangat benci orng yg tidak melakukan apa yg dia perkatakan dan peringatkan. semoga muhasabah diri berlaku pada setiap kali nafas turun, setiap kali hati naik.

Dia pemilik yg baik2 dan Pemberi Manafaat kpd sekalian alam. yg baik adalah terus menrus dari Dia semata-mata.

sadaqallahul’azim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s