Sedikit Input dari Tun M.

Posted: September 20, 2012 in Uncategorized

Topik: mampukah generasi MudaMalaysia Menjadi Pemangkin Negara Menjelang 2020. Realiti atau Fantasi?

Oleh Tun Che Det.

Mukadimah bermula dengan perkongsian pengalaman hidup Tun, sebelum Merdeka dan selepas merdeka. pada tahun 1943, belum wujud Universiti di Malaya. Yang wujud hanya kolej-kolej sahaja. Kaum tua, yg lahir dan hidup sebelum merdeka sangat menghargai perkara yg mereka baru dapat. lumrah manunusia, bila benda sama dapat selalu, lama-lama hilang kasih pada perkara itu. itulah yang terjadi pada kaum muda sekarang.
Menurut Tun, dulu pendapatan perkapita negara adalah $350. sekanrag ,lebih kurang $8000.

1. Tun telah komen pertamanya berkaitan undi itu adalah kuasa yg telah dianugerahkan kepada rakyat berikutan sistem demokrasi yg dilaksanakan di Malaysia memberi kuasa untuk rakyat bagi memilih pucuk kepimpinan. Jangan salah pilih, kerana lumrah manusia, sebelum diberi kuasa, sangat bersemangat untuk berjuang demi rakyat, namun bila dah ada posisi , sudah ada pangkat ,sikap individualisma mula berleluasa bilamana duit sudah banyak, harata senang diperoleh dsb, maka bila dalam politik, mereka akan lebih berjuang utk diri sendiri, bukan utk rakyat.

2. Komen berkaitan hak asasi Manusia. Contoh diberikan adalah berkaitan TFilem penghinaan Nabi Muhammad SAW. Orientalis barat tidak faham mengapa orang islam bertindak luar biasa kerana bagi mereka filem itu adalah ekspresi bebas mereka. jadi pembunuhan Duta Amerika di Libya juga merupakan hak asasi jugaklah? persoalan timbul utk difikirkan bersama. Tun menjelaskan di sini, hak asasi manusia itu perlu, tapi perlu ada limitnya supaya perkara seprti pijak gambar oleh anak2 muda yg berilmu tak dilaksanakan.

3. Masyarakat yang tenang lebih berpotensi utk maju berbanding masyarakat yg tidak stabil. Negara Malaysia adalah negara dagang. Lebih banyak kita dapat berdagang produk kita ke luar, lebih banyak keuntungan negara boleh dapat. Menurut Tun, Pakar ekonomi merencanakan bahawa proses dagangan yang lebih produktif berlaku bilamana keadaan negara itu aman dan tenteram.

4. Kaum Muda sekarang terlampau mudah terpengaruh dengan pengaruh luar, meniru dan bertindak mengikut apa yg dilakukan oleh revolusionist luar. Aktif dalam politik itu boleh, tetapi jangan terlalu aktif hingga mengakibatkan masa terbuang dengan begitu banyak, dan memberi impak negatif kepada pelajaran mereka. Melakukan demikian seperti pijak gambar, menunjukkan kerajaan telah membazir wang apabila perkara seperti itu, dilakukan.

5.Tun turut menyebutkan perihal sikap disisplin di Jepun, dan perbandingan dengan masyarakat di malaysia. Tun mengkisahkan perihal seorang budak di Jepun. Ketika berlaku gempa bumi di jepun, mangsa perlu beratur panjang utk mengambil makanan, yg diberi oleh pihak kerajaan/NGO di sana. seorang ahli NGO itu ingin memberikan makanan pada seorang budak yg kelihatan sangat daif, yg beratur hujung di belakang.(berjam-jam beratur baru dapat makanan) kelihatan sangat lemah si kecil itu. Niat orang itu adalah supaya budak itu tidak perlu bersusah payah utk beratur kerana keadaannya yg lemah. NAmun, setelah dapat bungkusan makanan itu, budak itu terus berjalan kedepan, dan memberi makanan itu kepada orang yg berada di hadapan sekali, kerana menurutnya, hak nya masih belum sampai. bagaiman kita di Malaysia?

6. Secara keseluruhannya, Kaum Tua itu bodoh, jika dibandingkan dengan Kaum Muda sekarang yg lebih berpendidikan. Tetapi, disebabkan kurang ilmu mereka, mereka lebih menerpakan nilai hidup yg murni, dan menghargai keamanan. Berbanding dengan sebilangan kecil kaum muda yang mana, walaupun mempunyai ilmu yang tinggi, perangai mereka amat menyedihkan. (apa yg aku nampak, point ni general, tak berunsur politik sangat)

Sesi Soal JAwab.
Saudara Franny tanya 2 soalan.( dia ckp, waktu umur 4 tahun, nama Tun dia frst reti sebut)
i. Mengapa pada zaman Tun dulu, perkara sebegitu tak jadi? tapi sekarang macam-macam perkara seperti pijak gambar dsb berlaku?Salah siapa?

jwpn:

Salah ahli-politik. mereka sudah lupa perjuangan asal untuk agama, bangsa dan tanah air. mereka bersikap individualisma, membuat satu-satu perkara untuk diri sendiri. pembagnunan kelihatan jatuh kerana, katanya kerajaan sekarang terlalu tertumpu utk mengekalkan kuasa, hingga ada isu-isu penting tak dilaksanan sewajarnya. Mereka tak sanggup utk berkorban utk dibenci segelintir kerana mahu disukai rakyat keseluruhannya, dan lupa perjuangan sebenar. Kaum Muda sudah lain persepsi mereka. mereka sudah mampu berfikir.

ii. Bagaimana utk membangunkan Malaysia menjelang 2020? adakah perlu ada projek2 MEGA dsb(lupa dah yg lain).

jwpan:

MEGA? mana ada mega. mini je sebenarnya. sewaktu kita ada lapangan kapal terbang di Sg. Besi, penumpang yg mampu kita cater hanyalah 4000. kemudian selang beberapa tahun, kita pindah ke subang, kerana penumpang telah bertambah, menjadi 100,000 orang, tetpai rupanya 13 juta memerlukannya. jadi bila kita buat KLIA, kita fikir apa akan terjadi dlm tempoh 100 tahun akan dtng. kita fikir utk buat airport yg boleh cater 130 juta penumpang. skrng, dah 35 juta. KL dan pesat , susah nak cari tanah yg sesuai akan datang, bila penempatan semakin membiak. jadi bila masa tanah masih ada, yg sesuai utk buat airport, kita buat terus, utk kegunaan masa akan datang.

soalan seterusnya, daripada pljar thun 2 aeronautik, bdk batu pahat, johor:

soalan : 1.sejauh mana suara mahsiswa memberi impak kpd poltik negara?
2. bagiaman cara utk membndung fahaman komunis yg seakan-akan semakin menular dalam masyarakat muda Malaysia. ( ni betul2 pasal komunis, yg tiba2 nak rage pasal revolusi kat egypt ke ape, itu revolusi islam, bukan komunisma-jsut sbg peringatan-sila baca byk2 utk dapat info lebih byk)

dah nak abis ni, biar orng lain la pulak cerita. kalu salah tmbah2 ah sndri.

Cinta negara cinta pada Tun, cinta kan Islam, kasih kan Baginda rasulullah SAW.

Aku admit, aku pandang tinggi Tun Mahathir, tapi aku still letakkan Nabi Muhammad, Saidina Umar, Khalid AL-Walid, Syeikh Muhammad Al- fateh, Hazrat Qadir Al-Jilani,Nicola Tesla, MAlcolm X dan Nelson Mandela sebelum beliau. tokoh negara aku yg pertama, Ustaz Fadzil Noor, dan Tun MAhathir , 2nd.

ikut lah hangpa nk ckp apa, itu hak asasi manusia aku. haha

yg baik itu semua DariNya, dan yg buruk dan lemah itu jatuh atas khilaf aku sebagai seorang hamba.dan semoga NAfas yg digunakan utk hidup, mendengar ilmu, mengajar ilmu, mendapat manfaat, dan memberi manfaat, sentiasa diletakkan dalam ikhlas insan keranaNya.

🙂

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s