dekat real life lain. dekat alam maya lain.

Posted: December 15, 2012 in Uncategorized

ni aku cakap pasal aku.
sifat aku terutamanya. aku tahu siapa aku. aku faham aku siapa. siapa nak faham aku silakan, tak faham aku, lantak kau. aku bukan macam laki2 gedik dan perempuan2 manja asyik2 repeat quote ” oh, u can’t understand me, awak tak faham saya..,”dan lahanat-lahanat lain.. nak percaya ke tak nak, mampus. lantak kau.

seriously strangers, i might look decent in ways i talks over the social site. meet me live. i show what valor really means.

next. perempuan. CINTA ni jadi satu isu yg sangat positif dan sensitif utk dibicarakan di alam manusia ni. lagi2 berlawanan jantina. sebab apa? FITRAH. itu jawapan paling simple, paling islam, paling ikut qada’ dan qadar.
nak kawan dengan perempuan ikut islam banyak garis panduan.
sebab tu tak boleh jumpa, cakap banyak sangat. lantak la kau fikir aku noob ke nerd ke, apa benda lahanat lain, selagi boleh jauh, aku jauhkan diri la dari korang bila dalam real life.  dalam laman sesawang, dalam telefon, aku boleh fikir lama nak reply dan cakap apa2. tak ada lah cakap macam lang buana. memang sikap aku cakap kasar sikit bila dengan perempuan sebenarnya.aku cakap dengan lelaki jauh lebih sopan dan terjaga daripada cakap dngn perempuan. aku cakapg  sangat kasar kecuali dengan perempuan yg related by blood dengan aku. dan perempuan yg faqih islam. mereka layak utk dilayan dengan sopan. sangat layak. 🙂 sebab mereka layak, tu pasal lagi kena jauhkan diri dari mereka, sebab aku hina utk dekat diri dengan mereka. orang hina ni, syaitan bersepah dekat, nanti berjangkit pada yg baik2 ni, siapa nak bertanggungjawab kat anak dara orang ni? haih.=_=”

plus, dalam real life tak boleh nak cover. jadi baik aku main jauh-jauh. aku bukan mat bunga dalam real life. dalam alam maya boleh la bunga2 sikit. nak cover cakap biar sopan tu sangat susah. jadi jangan kacau aku sangat la nak tegur-tegur bila kat real life. bukan sombong. aku memang suka sorang-sorang. aku suka perang. aku suka tengok darah. aku suka bunyi letup-letup. aku suka dengar lagu jerit sana sini. lagu cinta? sumpah mengantuk, kecuali lagu  cinta utk tuhan.

aku sayang islam. aku boleh senyum je. kena downgrade, kutuk, cakap belakang ke ape benda suma, aku boleh relax je .nak buat apa balas? kalau betul diorang fikir aku macam tu, jadi mungkin betul la aku macam tu. betul la tu aku hina. kalau aku tak terasa, aku boleh je buat tak kisah kan? buat apa nak balas? tunjuk kuat dekat manusia? buat apa ada muscle ketak2 tapi tak bangun subuh, tak buat plan nak duduk tengah2 dalam medan perang. mati? tunggu semua hutang aku langsai, awal2 dengan izin Allah, aku turun medan. yg ada jet, misil, senapang, m16 bagai tu.

 

aku serius?betul, aku  memang serious shit. aku fikir utk stop berhibur sakan. entertainment sakan ni. tapi sense of humor aku tinggi jugak. aku suka gelak,tapi tak bermakna aku reti buat lawak. no way.  kalau jadi, alhamdulillah, yg baik pinjaman Allah.

apa lagi. misteri? apa benda misteri nya. setiap masa nak kena cakap apehal? aku ada dua telinga satu mulut. baik aku dengar betul2 daripada mencarut tak tentu arah. a wise man is measured on how big things that make him angry. aku percaya quote ni.

malas, bertangguh, betul kot. memang kelemahan utama aku. bagi sesiapa yang selalu fikir pasal orang lain, dan asyik lupa pasal diri sendiri, mungkin faham apa yg aku fikir. fikir pasal , islam, pasal negara. sistek ekonomi dunia, sejarah peradaban dunia. teknologi utama dunia. dalam masa yg sama nak tgk mak, abah, famili, happy, nak tgk dunia ni happy. tapi, bila ada esaimen, ada kawan2 dlm group tu, nk tgk kawan dlm group happy. bila ada program atau projek, nak tgk diorang semua happy, adik beradik happy, masyarakat happy. orang palestin happy, orang syria tu semua happy.aku tak happy, tak pa. aku ni wujud sebagai individu. yg sekeliling aku hidup sebagai masyarakat, sebagai komuniti. biar aku mati, tapi semua yg lain hidup. jadi aku hanyut dalam fikiran ni semua. aku sangat kritikal bila berfikir, hatta setiap masa sahaja aku berfikir, dan setiap masa aku nak tgk orang berubah dan bahagia.
dan utk tgk orang tu, strangers tu happy apa semua..nasihat perlu. aku rasa macam ada solusi dalam kepala, jadi aku share. ada ilmu yg aku tahu, jadi aku bagi semua. buat apa simpan2. semua hak Allah. orang lagi pandai dari aku, dia happy, jadi aku suka dia happy.

masa tak tunggu. masa pun berlalu.
senyum. dan tak senyum .

betul la kadang2 seronok dan happy bila anda dihargai..tapi tu suma haraga dunia. aku boleh nangis bila fikir, apesal la aku taksub sangat dengan dunia ni. kafir. syirik. beranai aku duakan Allah? aku fikir dunia, kahwin, la anak la, perempuan la, harta, duit, kereta..walhal Allah pemilik mutlak segala-galanya..
 
jadi lagi bagus dipandang hina, dari berlakon dan dimuliakan dunia. nanti aku jadi lagi lahanat, dan keparat.

aku sangat outspoken. dan sangat straightforward. dan idea aku selalu mencurah-curah. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki. adakah dengan masa yg singkat boleh aku nak cakap pasal itu ini, fikir pasal itu ini, bahagiakan mereka dan mereka, jaga hati yg wajar dijaga, dan balun mereka yang wajar dibalun itu semua?

kadang2 aku rage jugak. kadang2 aku rasa nak kutuk orang juga. tapi aku kena selalu ingat, aku tak layak utk semua itu, jatuhkan hukuman pada manusia sebab mereka pun khalifah, aku pun hamba. jadi apa kelayakan aku untuk itu semua??

jadi biarlah aku cuba yg terbaik samapaikan yg terbiak, dalam masa yg sama selalu berada dalam kesedaran aku yang pling hina antara semua hamba ALlah, supaya aku tak bongkak, riak, takbur, sombong dan lain-lain.

berkecamuk kepala? biarlah. kepala aku, bukan kepala kau.

oh lupa pulak, perasaan ni semua adalah tanpa dicampur adukkan dengan lalai aku, mungkin.kalau di campur, barangkali aku jadi riak dan bongkak, sombong dan penipu.

MUNAFIK. aku mungkin munafik. nauzubillah. harus terus kuat. harus terus kuat…

jadi tu je la serba serbi pasal aku. nak tahu tanya je la. bukan aku femes ke ape ke. dah ni la yg aku faham pasal diri aku. aku rasa stakat ni hanya aku yg faham diri aku sndiri, setelah Allah s.w.t yg maha mengetahui segalanya pada setiap masa dan ketika.

aku selalu dan suka perhati orang lain .bahasa mudah stalk la. sebab apa? sebab nak faham manusia. dan sifat mereka. aku ada gak beli buku itu ini pasal sifat manusia, tapi percentage utk anticipation sikap dan sifat dlm buku tu tak pernah cecah 100% pun. jadi kena cek sendiri lah. sebab apa nak faham diorang? sebab nak diorang happy la. kenapa tak tanya direct je? sebab aku dah pernah tanya direct, semua kuat kencing. tipu. bagi jawapan, kau takkan faham la, u wont understand la, fikir la sendiri, menyibuk je nak tahu la..ape la.. ..aku assume sebab diorang pun sebenarnya tak faham diri sendri, dan ego pulak tu. .jadi stalking for the sake of the betterment of this world, is the best method . tu apa aku rasa.

dah cukup kot utk itu je.
salam asar.

barakallhufiqh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s