mata hina aku yang hamba..

Posted: January 10, 2013 in Uncategorized

laksana aku perlu lebih berdiri dan terus berkata dalam firasat nafasku sendiri selepas ini utk raih mahabah Dia.. sebab hak yang kekal itu tetap dari Dia. aku kurang keyakinan lagi. semua itu masih lakonan, bukan aku yang aku. masih bukan pencapaian aku yang aku..

semua ingin bersuara. 

aku pergi mana-mana, asalkan ada secebis ilmu atau segudang ilmu didada, semua ingin didebatkan, dipersoalkan ,dan dilontarkan untuk diforumkan pada gelangang-gelangang daif dunia.

sedih dan sebak. 

ulama itu, ulama ini. ya mereka ulama, ada ilmu. tempat rujukan kita. tapi apakah apa yang dirujuk dari dia itu adalah semata-mata dari dia?  TIDAKK!!!!

itu semua hak Allah yang kekal, bersama shafaat Dia, dan mahabbah Dia, yang diberi pada yang selayaknya untuk menjadi corong penyampai ilmu dan kalmanya yang nyata dan ghaib.

bersama syafaat rasulullah , Muhammad yg ummi, lagi mulia sebagai penutup sekalian utusan barakah dari Dia..

akan tetapi semua semakin taksub untuk memperkatakan sesuatu untuk dia dan mereka yg seangkatan sahaja. mereka kasihkan diri mereka sahaja. mana kasih pada kawan-kawan yang lain?! 

wanita, tunjang utama berahi lelaki pada testosterone dan adrenalinnya. juga mata panah utama syaitan yang hina lagi musuh kekal sekalian manusia. maka, pada aku, masih musuhku yang utama,seorang nisa’ kepada aku seorang rijal.
jadi perisainya adalah kahwin. betul! tapi lepas kahwin perlu ada tanggungjawab sebagai suami dan ayah serta anak! ada 3 !

jadi kalau tak bersedia, kena kuat. lawan nafsu itu! dan sedar jangan cari jalan solusi mudah pada setiap masa kita lemah nampak wanita, solusi nya adalah semata-mata kahwin! mungkin aku sahaja yang berfikiran begitu. yang lain tidak akan sependapat denganku barangkali. aku kata ini atas fitrah seorang wanita dan anak. wanita ada hak mereka sebagai isteri, dan anak juga ada hak-hak mereka yang tertentu yang perlu dilangsaikan oleh kita sebagai seorang hamba yang daif lagi lemah ini, namun memegang tampuk pimpinan atas dasar fitrah seorang lelaki. Dan itu belum lagi hakikat kita untuk lihat paksi lain, paksi sebagai ketua dalam kompeni, syarikat ,gabungan, geng ,kumpulan atau apa-apa sahaja kesatuan yang ahlinya lebih pada seorang yang membentuk persatuan!

TANGGUNGJAWAB! KAMU TANGGUNG! DAN KAMU JAWAB TANGGUNGAN KAMU ITU!

semua berlaku atas janji. hakikat janji yang selalu sahaja dilupakan ahlinya juga. nauzubillah, semoga dijauhkan..

….jangan sekadar jadikan hujah kalamullah sebagai penguat bicara, membangkit alasan untuk menang tulisan,perdebatan dan perbicaraan, tapi dalam kehidupan tidak diamalkan apa yg diperkatakan itu, yang dihafalkan itu.. aku terasa sebak bila ulama-ulama diagungkan,ditaksubkan, bukan nabi muhammad yg disebut-sebut. mengapa lebihkan nama para ulama daripada rasulullah dahulu?
lebih agungkah ulama itu sebelum menghayati cinta rasulullah dan mengimani cinta dia, dalam pelaksanaan ibadah sahih?

ilmu dikejar utk dibicarakan dalam ajakan bersemangat yg mana simbolik pada riak dan takbur?dan bukan untuk diimani, dan diteladani sepanjang nafas itu turun dan naik secara harkat dan berkala?

pesanan utama pada diri sendri. selalunya, dan selamanya.
inshaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s