Archive for August, 2012

kenapa aku taksub dalam fakta?

Posted: August 29, 2012 in Uncategorized

kaji.

keji.

ironi bilamana orang yang taksub dalam mengkaji akan mula mengeji. 
kenapa? mereka berebut patent.  nicola tesla vs thomas edison. cerita sangat panjang. dalam WP tak boleh tulis panjang2. bengang sikit. sikit sebab mazmumah. sudahlah.

aku cari buku pasal nicola tesla dekat popular, dekat MPH dan buku2 brand ternama lain. belum jumpa. tak ada publication baru. macamni, aku suka buku non-fiction. dia certia kisah benar. bukan fiksyenal.

AL-QURAN termasuk non-fiction.  bila aku mula baca tafsir AL-Quran. ramai suruh aku berguru. takut aku taksub, dan jadi isim. ironi bila ramai dari mereka orang melayu. lahir-lahir dah islam.

AL-QURAN. satu je. comapre dengan berpuluh buku non-fiction bahasa inggeris dan melayu yang aku baca, tak da siapa kisah bila aku baca buku-buku tu. tak ada yang dengki. tak ada yang peduli. 

aku mula kaji sikap orang. sikap manusia. bermula dengan keluarga aku sendiri. abah, mama. abang. adik.  aku rujuk buku-buku terkenal. penulis-penulis barat mula jadi rujukan. stephen R covey, robin sharma, malcolm gladwell. kemudian aku rujuk buku seorang bekas perisik CIA, Gregory Hartley. aku baca puas-puas . beribu lebih muka surat. aku rasa aku mula seronok dengan fakta-fakta mereka. hebat, dasyat!

bulan ramadhan berkunjung. baca AL-quran. aku lemah, tak khatam. samapi juzuk lima belas je. aku suka baca al-quran beserta tafsir. jadi, aku tahu mengaji dan aku faham makna. mungkin aku salah baca? aku join tadarus. doktor-doktor dan profesor-profesor dekat surau tu tegur bacaan aku. aku mula rasa segan. tapi aku terima. diorang dah belajar jauh-jauh. fasih bahasa inggeris, mandarin, perancis dan mcm2 lagi. tapi kenapa pakai kain pelikat buruk dengan jubah putih bersih je bila bertandang ke rumah Allah? 

zuhud. mudah. aku mengaji dan tahu jawapan sebab Al-quran bagi jawapan. Kalam Allah. 

aku akan cuba kaitkan apa yang aku dapat dalam buku-buku non-fiksyen yang aku baca tadi. ada macam-macam fakta. macam-macam falsafah.dan bersepah-sepah contoh meletup. nama-nama terkenal bagi orientalis barat, ada dalam tu… tapi hanya dengan satu surah, surah al- an’am. semua teori2 orientalis itu yg ada kelemahan dalam hipitesis mereka, terjawab. jap aku kira muka surat…1,2,3,4…9,..13..23. 23 muka surat sahaja. harga al-quran beserta tafsir paling murah boleh dapat 22 ringgit. sumpah murah. aku rasa malu bila ramai melayu makan dan berak lagi mahal dari mendalami ilmu-ilmu Allah.

aku tak sangkal kalau nak berilmu kena menuntut. betul? okay mcm ni la aku buat perumpamaan. korang cerita pasal bola, pasal kereta, motor, pasal teori sains mcm2, politik mcm2, korang ada guru tak? tak kan? ilmu-ilmu dan bahan bacaan tu korang rasa siapa punya? jadi betul ke apa yg korang baca tu? apa yg korang cerita-cerita tu? korang dengar sikit, terus cerita kat orang. lepas dua-tiga hari, keluar cerita lain dari paparazi lain. dan semua fitnah-fitnah (yg korang akan cakap tu bukan fitnah, tapi ape benda ntah alasan lain) tu, sebab apa berlaku? sama jugak sebab tak berguru. jadi korang dah sesat.

amacam? senang tak aku hukum korang? haha. ironi-ironi. 

habis beratus-ratus ringgit sebab buku. aku bukan orang senang. tapi aku lebih suka buku dari baju-baju bodoh. asal tutup aurat,tahan lama sudah. 

cerita aku macam budak nerd kan? ya betul. yang rasa aku nerd sekarang adalah ramai orang melayu. nerd pemalu. aku tak malu. nerd duduk dalam bilik, aku dudduk jugak dalam bilik, tapi bilik macam bookstore. nerd tak pegang senapang, aku pegang m16, steyr, glock. sebab aku pelatih tentera simpanan. orang melayu sangat taksub dengan benda luaran. maaf sebab aku kutuk melayu. dr. mahathir korang kutuk melayu jugak. dan korang kutuk dr. mahathir balik. hahaha.kelakar dan sedih. sebak sekali.

aku memang suka cerita tergantung. supaya korang berfikir. supaya aku berfikir. aku nak orang islam lagi banyak berfikir. dan buat perkara-perkara praktikal. aku mengaku aku pun baru dlm perkara-perkara ni. tapi aku tak takut. aku akan kena keji. kau akan troll aku dan macam2. aku akan sengih dah diam. 

lumrah manusia senang percaya pada orang2 berjaya. sebab itu dakwah dan tunjuk ajar guru-guru Malaysia  selalu gagal. tidak ada bukti. jadi aku akan bersuara sikit-sikit kadang-kadang je paling utama untuk ingatkan diri aku dulu. 

sama-samalah kita. aku letak penceritaan secara logik dulu. fakta aku akan bubuh bila terbukti sahih dan betul. dan yg samar-samar akan diletak utk berdiskusi, bukan untuk bergaduh mcm orang bodoh.

invalid request.

Posted: August 12, 2012 in Uncategorized

aku cuba type. dia tak bagi post? what the heck. aku dah lupa save, dia hilang mcmtu je? ingat idea aku ni ikut skrip berlakon ke? i am abstract. logic-abstracted. ahhhh~

sakit hati bulan puasa dah 2 kali jadi macam ni.